|
-.-
Sunday, September 30, 2012 | 9/30/2012 01:09:00 PM | 1 candie blossom
ok, bayangkan aku macam sebuah pagar rumah. yang ada dua side. yang kau perlu buka untuk masuk. tapi jangan bayangkan aku pagar automatik. bayangkan aku sebuah pagar manual. yang kau perlu tutup secara manual, kunci secara manual.
dan bayangkan diri kau seorang anak kecil yang ibu kau larang dari keluar rumah tanpa dia. kerana apa ibu kau larang? kerana di luar banyak anjing liar. ibu risau anjing akan fikir kau sebagai makanan. jadi ibu larang kau keluar dari rumah.
dan bayangkan kau sangat-sangat ingin keluar. sangat-sangat nak main dekat playground yang betul-betul depan rumah. bayangkan aku pagar yang sangat patuh arahan tuan aku, ibu kau. aku larang kau keluar. aku keraskan diri aku. aku tak bagi kau keluar. tolong faham.
dan bayangkan kau berkali-kali, berhari-hari memaksa aku untuk buka diri aku bagi meloloskan diri kau. tapi kuat mana pun kau goncang aku, kuat mana pun kau tendang aku, aku tetap tak akan terbuka.
dan bayangkan suatu hari, kau paksa aku untuk buka diri aku. so kau boleh keluar. bayangkan, untuk sekian lama aku tahan diri aku dari sepak terajang kau, untuk membolehkan kau keluar, tapi kali ini aku rasa aku dah tak boleh tahan.
jadi aku lepaskan kau keluar.
credit to : marijuana
Labels: mrs lat |